Thursday, 28 November 2013

Rancangan Pengajaran Harian (KPD3016)



NAMA GURU
AMILAH BINTI BAHARI
JULAIHA BINTI RAMBELI
NOORAISHAH BINTI KHALIB
MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU
KELAS
3 AKTIF
TARIKH
25OKTOBER 2013
MASA
9.45 PAGI HINGGA 10.45 PAGI
BILANGAN MURID
32 ORANG
TAJUK
PANDUAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
HASIL PEMBELAJARAN
MURID DAPAT MEMBACA DAN MEMAHAMI PERKATAAN BERIMBUHAN AWALAN DAN BERIMBUHAN AKHIRAN DALAM AYAT DARIPADA PELBAGAI BAHAN BACAAN DENGAN SEBUTAN YANG BETUL.

ANALISIS PELAJAR
CIRI UMUM PELAJAR
PENGETAHUAN SEDIA ADA
GAYA PEMBELAJARAN
                                     
I . 18 orang murid perempuan dan 14 orang lelaki.

II. 25 orang murid terdiri daripada keluarga berpendapatan sederhana yang bekerja di sektor swasta.

III. 7 orang murid pula ibu bapa bekerja dengan kerajaan. 

IV. 100 % murid telah boleh membaca dengan baik.

V. Terdapat dua orang murid dilihat perlu dibimbing secara intensif.


I. Formal – Murid telah didedahkan kepada tajuk keselamatan jalan raya.

II. Murid telah didedahkan dengan matapelajaran  PKJR iaitu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 

III. Non-formal
Murid Telah Menghadiri Aktiviti Ko-Kurikulum   Kelab Keselamatan Jalan Raya.

IV. Informal –  Murid telah biasa menggunakan jalan raya sebagai alat perhubungan untuk ke mana-mana.  Mereka telah mengenali lambang-lambang di jalan raya melalui pemerhatian dan didikan  ibu bapa.







KAEDAH INKUIRI PENEMUAN






MENYATAKAN OBJEKTIF
 Murid dapat :
1      Menggaris dan menyenaraikan perkataan yang berimbuhan    awalan dan akhiran.
2.   Menyebut, membaca dan memahami perkataan berimbuhan
      awalan dan akhiran .
3.   Mengenali simbol-simbol di jalan raya.
MEMILIH KAEDAH
I. KAEDAH
A.SOAL JAWAB
B.PERBINCANGAN  
C.PENERANGAN
D.DEMONSTRASI
II.    MEDIA
A.    Puzzle
B.     Lembaran kerja
C.     Seni kata lagu
D.    Kotak misteri
E.     Puppet dan kad imbasan
III.SUMBER
A.     INTERNET – PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
B.     Buku rujukan

MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
 SET INDUKSI – a) Beberapa orang murid mencantumkan keratan 
                                puzzle untuk membentuk frasa .
                            b) Murid menyebut beramai-ramai perkataan yang
                                terhasil iaitu, “ Berhati-hati Di Jalan Raya “

LANGKAH 1.    a) Murid diminta menerangkan maksud perkataan
                              tersebut.
                          b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang 
                               pentingnya berhati-hati di jalan raya.
                          c)  Murid diminta menyebut tempat lain yang 
                               memerlukan kita sentiasa berhati-hati.

LANGKAH 2. a) Guru mengedarkan petikan teks kepada murid.
                       b) Murid dipilih secara rawak untuk membaca 
                            petikan teks.
                       c) Guru menerangkan tentang perkataan yang 
                            mengandungi imbuhan awalan dan
                            akhiran serta memberikan beberapa contoh.
                            Contoh : imbuhan awalan (ber, men, me, ter)
                            Imbuhan akhiran (an, kan)   
                        d) Murid diminta menggariskan perkataan yang 
                            mengandungi imbuhan awalan dan
                            akhiran yang terdapat di dalam teks.
                        e) Murid dipilih secara rawak untuk menulis 
                            perkataan tersebut di papan hitam.

LANGKAH 3.  a) Guru mengedarkan sebuah kotak misteri  
                            kepada murid secara berkumpulan.
                            Setiap kumpulan dikehendaki mengambil tiga
                            keping kad yang mempunyai  suatu
                            simbol di jalan raya.
                         b) Murid diminta berbincang di dalam kumpulan 
                              maksud simbol-simbol tersebut.
                         c) Setiap kumpulan memilih  seorang rakan untuk 
                             menerangkan maksud simbol yang  
                             diperolehi oleh kumpulan mereka. Murid 
                             daripada kumpulan lain diminta
                             meneka apakah simbol tersebut.                 

          d) Ketua kumpulan akan menampal simbol-simbol 
              tersebut di papan hitam apabila 
              ada murid lain meneka dengan betul.

MELIBATKAN PELAJAR
RUMUSAN      a) Guru membimbing murid menyanyikan lagu 
                            “Berhati-hati Di Jalan Raya”.
DAN                       ( MEDIA ICT – KOMPUTER )
PENUTUP         b) Murid dan guru menyanyikan lagu “Berhati-hati 
                              Di Jalan Raya”dengan iringan muzik.
                          c) Murid diminta menyebut semula beberapa 
                              perkataan yang mengandungi imbuhan
                              awalan dan akhiran.


PENILAIAN



GURU

Saya rasa selesa dan berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran hari ini.





MURID

Semua murid berminat dan seronok membuat setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Disiplin juga 
terkawal walaupun murid membuat aktiviti dalam kumpulan.






No comments:

Post a Comment